|
Duhai Sahabat....
Monday, 2 May 2011 | Monday, May 02, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum….duhai sahabat yang ku kasihi dan disayangi sekalian Terima kasih ku ucapkan kepada kalian…kepada yg menganggap diriku sahabat. Terima kasih ku ucapkan..kepada yang menganggap diriku musuh mahu pun bebanan..terima kasih juga ku ucapkan.. Semoga Allah merahmati kamu semua..InsyaAllah ! Sahabat….. Bermula perkenalan kita dengan senyuman dan bertegur sapa.dan akhirnya kita menjadi “SAHABAT”..Ku amat mensyukuri kepadaNYA.kerana menganugerahkan ku sahabat seperti kamu.... Sahabat…… Semakin panjang perkenalan kita.semakin banyak masalah bermula..Daripada perselisihan faham..dan seterusnya perbalahan…. Maafkan ku duhai sahabat..andai tersalah tafsir tentang kamu.. Sahabat……. Seandai ku terlanjur bicara yang telah membuat hatimu terluka dan menderita.. Maafkan ku duhai sahabat..sesungguhnya aku dilahirkan olehNYA dengan serba kekurangan..kerana aku INSAN YANG LEMAH.tak lari dek dosa yang sering dilakukan oleh ku.. Sahabat…… Andai ada harta benda ataupun ape2 saje daripa kamu..ku mohon HALAL kan lah segala pemberian mu kepada ku…ku memohon redha ILAHI dengan ukhwah fillah yang terlintas dihati mu yang ikhlas dan jujur.. Sahabat…… Seandainya 1 hari nanti aku pergi dahulu daripada kalian..jangan kau tangisi pemergianku..kerana tangisanmu adalah panahan petir buat ku..Tetapi..hadiahkanlah ku sedekah AL-FATIHAH dengan seikhlas hatimu..ziarahilah makam ku duhai sahabat..kau hadiahkan lah aku dengan alunan suaramu yang merdu menyanyikan yaasin.. Kerana itulah yang hanya mampu kau buat untuk berhubung dengan ku.. Sahabat….. Ingatlah daku dalam doamu dan solatmu..ku mohon padamu sahabat..jadilah hambaNYA yang soleh dan solehah..jagalah keperibadianmu sahabat..tegakkan lah ajaran Islam..ingatlah duhai sahabat.. Kita sama-sama berdakwah menegakkan agama Islam yang tercinta ini..ingatlah pesanku duhai sahabat..jagalah akidah mu.jagalah akhlak mu..kerana ku sayang padamu kerana Allah..ku tak mahu kau dicampakkan ke dalam neraka.ku mahu membawa ikatan ukhwah kita bersama ke JANNAH.InsyaAllah.. Sahabat..... Maafkan segala dosa-dosa yang pernah ku lakukan kepada mu daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki...sebelum aku pergi dahulu..... wassalam :') *SEBELUM KU PERGI DULU.KU DENDANGKAN LAGU INI BUAT MU SAHABAT* Labels: SAHABAT |