|
KASIHMU MEBAWA KE SYURGA :')
Sunday, 8 May 2011 | Sunday, May 08, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum..sedikit kata-kata daripada anakanda buatmu bonda Duhai bonda.terima kasih ku ucapkan atas jasa mu melahirkan ku sungguh besar jasamu itu bondaku.Mampukah anakanda membalas jasamu? Terima kasih bondaku ! Bondaku.. 9bulan dikau sarat mengandungkan daku.terlalu besar pengorbananmu itu bondaku ,dikau sanggup berjaga malam kerana tangisan air mataku lalu dikau menjagaku pada dingin malam terlalu banyak air mata mu menitis bak hujan yang turun dengan lebat kerana diriku ,dikau telah memberiku makan,minum,pakaian dan pelbagai lagi tanpa keluhan sedikitpun namun dikau tetap melayan kerenah anak-anakmu tanpa memikirkan kesihatan mu bagimu anak adalah permata yang amat berharga buatmu Terima kasih bondaku ! dikesempatan ini anakanda ingin mengucapkan ribuan terima kasih buatmu bondaku Zanariah Bt Ahmad Malek yang tersayang dan tercinta atas jasamu melahirkan ku,mendidikan ku,membesarkan ku tanpa penat lelah . TERIMA KASIH UMIKU !!! Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu." wassalam ~ ^_^ Labels: TERCINTA |