|
ANDAI DIA MILIKKU :')
Thursday, 27 October 2011 | Thursday, October 27, 2011 | 2 comments
Sekiranya.. Kita cinta kepada manusia Tidak semestinya manusia cinta kepada kita Tetapi.. Sekiranya kita cinta kepada ALLAH Nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya Sekiranya.. Kita cinta kepada manusia Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai Tetapi.. Sekiranya kita cinta kepada ALLAH Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepadaNYA YA ALLAH.. Andai dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMU kepadaku Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya keranaMU Dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku keranaMU Namun.. Andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMU kepadaku Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang KAU berikan padaku PendambaSyahid..buatmu bakal zaujku Duhai bakal zaujku.......... ♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis. ♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan. ♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut. ♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir. ♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. ♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi. Namun, ♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya ~ Moga dirimu yakni lelaki yang beriman bakal suamiku kelak.insyaAllah.Aminn Ya Rabbal Alamin ~ |