|
Kenangan TERINDAH
Saturday, 14 May 2011 | Saturday, May 14, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum.. sukacita dimaklumkan kepada org-org kampung sekalian untuk mengimbau kembali kenanganku di SKTF ! hehehe saje wat gimik :D pagi tadi pegi sekolah rendah kat Kampung Baru,Bentong SKTF singkatan drpd SEKOLAH KEBANGSAAN TUANKU FATIMAH terlalu banyak sgt Memory ku tertinggal di sana yg Tak mungkin ku buangkan ! pagi tadi ade program Hari Kantin Dan Hari Kokurikulum SKTF wahh ramai gler hamba Allah yg datang.makk aiiiii firstly aku memang tabikk lah sekolah nie. Cemerlang Gemilang Terbilang but but but seriously IM JELOUS WITH MY OLD SCHOOL ! banyak giler perubahan yang amat ketara ! jelas ! nyata ! huwaaaaaaaaa :'( segala tampat kenangan telah dilupuskan dan menjadi tapak kelas OWH NO . MY SWEETMEMORY WAS GONE ! sobsobsob :'( * gerbang sekolah sudah Bertukar ! HAHA :D* * Dinding nie stay lagi macam dulu xde perubahan * * nie yg jeles nie dulu mane ade atap nie.erghh JELOUS ! * * inilah tempat ku berlari untuk pegi perhimpuan * TOINKTOINK ! sudah zooming satu sekolah banyak jugak lah perubahan yang xsempat nak snap anyway disini lah tempatku menimba ilmu disini lah tempatku mencari ilmu disini lah tempatku mengenali penat lelah guruku disini lah tempatku mengenali erti persahabatan =.= ~ SEKOLAHKU RUMAHKU SYURGAKU ~ wassalam ^_^ Labels: KENANGANKU KASIHMU MEBAWA KE SYURGA :')
Sunday, 8 May 2011 | Sunday, May 08, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum..sedikit kata-kata daripada anakanda buatmu bonda Duhai bonda.terima kasih ku ucapkan atas jasa mu melahirkan ku sungguh besar jasamu itu bondaku.Mampukah anakanda membalas jasamu? Terima kasih bondaku ! Bondaku.. 9bulan dikau sarat mengandungkan daku.terlalu besar pengorbananmu itu bondaku ,dikau sanggup berjaga malam kerana tangisan air mataku lalu dikau menjagaku pada dingin malam terlalu banyak air mata mu menitis bak hujan yang turun dengan lebat kerana diriku ,dikau telah memberiku makan,minum,pakaian dan pelbagai lagi tanpa keluhan sedikitpun namun dikau tetap melayan kerenah anak-anakmu tanpa memikirkan kesihatan mu bagimu anak adalah permata yang amat berharga buatmu Terima kasih bondaku ! dikesempatan ini anakanda ingin mengucapkan ribuan terima kasih buatmu bondaku Zanariah Bt Ahmad Malek yang tersayang dan tercinta atas jasamu melahirkan ku,mendidikan ku,membesarkan ku tanpa penat lelah . TERIMA KASIH UMIKU !!! Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu." wassalam ~ ^_^ Labels: TERCINTA rindu rindu rindu . FULLSTOP !
Friday, 6 May 2011 | Friday, May 06, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum ! owh betapa gembira nye hati ini menulis posting terbaru sebab...haaa..jom walking walking and reading this entry ! prappappappppp ~~~ !! *Alhamdulillah . Allah menemukan kami bertiga semula di kem ini ! * Kawan...aku rindu korg berdue sangat2 . bile lagi boleh jumpe kan ? syukur sangat2 boleh lepaskan perasaan rindu kt korg walaupon sekejap disebabkan kem Pandu Puteri peringkat Daerah nie lah kami bertemu semula. selama 3hari 2malam tak lekang kami berkepit bertiga kemana sahaje pergi.kteorg tetap bersama.macam2 kenangan di imbas kembali FARAHIN ! FARIHA ! 9t kite jumpe lagi ye.jgn lupe rancangan kite pas spm nie nak sangat kite macam dulu.tapi kite sekolah lain2 kan ? it's oke lahh anyway . korg SAHABAT aku sampai akhirat lahh ! seriusly . ukhwah fillah kite hingga ke Jannah ! janji oke ? IMISSYOUKAWANNNN !!!!! :') owhh kawan ku hargai ikatan persahabatan kite ini thanks 4 be my bestfriends ! wassalam ~ Labels: SAHABAT flashBack !
Tuesday, 3 May 2011 | Tuesday, May 03, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum... tetibe teringat balik kenang kenangan bersama dirimu "SALAM YA HABIBATI :) " Ya Allah..sungguh ku tidak menahu ape maksud di atas ini.hanya ku tahu senyum sambil membaca kiriman SMS mu itu.Sungguh ku terharu apabila dirimu meminta ku mendengar lagu nasyid Dehearty-Wanita ! sangat sinonim permintaannya kepada ku kerana ku digelar wanita dan dilahirkan menjadi seorang wanita.. Tetibe,waktu ku membaca sebuah novel yang bertajuk 'SYABAB MUSAFIR KASIH' Ya Allah..baru ku tahu maksud ayat itu..di bawah buku tertulis satu maksud bagi ya habibati adalah wahai kekasih ! Ya Allah..setelah menahu maksud itu..ku amat merindui dirinya Ya Rahman.. Ya Allah..syukur ku kepadaMU kerana telah memberiku sebuah perkenalan dan pertalian di antaranya Ya Allah..terima kasih ku ucapkan kepadaMU.kerana Kau telah menemukan kami secara kebetulan.Kau telah menganugerahkan ku seorang insan yang sangat elok akhlaknya,imannya,mahupun fizikal nya.. Ya Allah...sebagaimana yang telah diperkatakan...Lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.. Sesungguhnya dia telah berusaha untuk membimbingku Fi sabilillah Ya Rahim...namun...Perkenalan kami hanyalah untuk seketika..tidak ku sangka perpisahan akan berlaku.. Ya Allah..sesungguhnya ku berserah kepadaMu..Peliharalah diriku daripada kekecewaan dan Redhakan lah hatiku dengan ketentuanMu..Setiap dugaan yang Kau turunkan kepada hambaMu mempunyai 1001 hikmah. Ya Allah..seandainya ku temui peganti diri..ku memohon kepadaMu Ya Rabb...Ku inginkan insan sepertinya. Yang mampu dan sudi membetulkan diriku.membimbing diriku.menasihati diriku...Ku amat merindui dirinya,bimbingannya,nasihatnya dan kata-katanya Ya Allah Ya Allah..sesungguhnya ku amat menyayanginya semata-mata keranaMu Ya Allah.. *Ajal Maut Jodoh Pertemuan di tangan Allah * =') Labels: TERCINTA Duhai Sahabat....
Monday, 2 May 2011 | Monday, May 02, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum….duhai sahabat yang ku kasihi dan disayangi sekalian Terima kasih ku ucapkan kepada kalian…kepada yg menganggap diriku sahabat. Terima kasih ku ucapkan..kepada yang menganggap diriku musuh mahu pun bebanan..terima kasih juga ku ucapkan.. Semoga Allah merahmati kamu semua..InsyaAllah ! Sahabat….. Bermula perkenalan kita dengan senyuman dan bertegur sapa.dan akhirnya kita menjadi “SAHABAT”..Ku amat mensyukuri kepadaNYA.kerana menganugerahkan ku sahabat seperti kamu.... Sahabat…… Semakin panjang perkenalan kita.semakin banyak masalah bermula..Daripada perselisihan faham..dan seterusnya perbalahan…. Maafkan ku duhai sahabat..andai tersalah tafsir tentang kamu.. Sahabat……. Seandai ku terlanjur bicara yang telah membuat hatimu terluka dan menderita.. Maafkan ku duhai sahabat..sesungguhnya aku dilahirkan olehNYA dengan serba kekurangan..kerana aku INSAN YANG LEMAH.tak lari dek dosa yang sering dilakukan oleh ku.. Sahabat…… Andai ada harta benda ataupun ape2 saje daripa kamu..ku mohon HALAL kan lah segala pemberian mu kepada ku…ku memohon redha ILAHI dengan ukhwah fillah yang terlintas dihati mu yang ikhlas dan jujur.. Sahabat…… Seandainya 1 hari nanti aku pergi dahulu daripada kalian..jangan kau tangisi pemergianku..kerana tangisanmu adalah panahan petir buat ku..Tetapi..hadiahkanlah ku sedekah AL-FATIHAH dengan seikhlas hatimu..ziarahilah makam ku duhai sahabat..kau hadiahkan lah aku dengan alunan suaramu yang merdu menyanyikan yaasin.. Kerana itulah yang hanya mampu kau buat untuk berhubung dengan ku.. Sahabat….. Ingatlah daku dalam doamu dan solatmu..ku mohon padamu sahabat..jadilah hambaNYA yang soleh dan solehah..jagalah keperibadianmu sahabat..tegakkan lah ajaran Islam..ingatlah duhai sahabat.. Kita sama-sama berdakwah menegakkan agama Islam yang tercinta ini..ingatlah pesanku duhai sahabat..jagalah akidah mu.jagalah akhlak mu..kerana ku sayang padamu kerana Allah..ku tak mahu kau dicampakkan ke dalam neraka.ku mahu membawa ikatan ukhwah kita bersama ke JANNAH.InsyaAllah.. Sahabat..... Maafkan segala dosa-dosa yang pernah ku lakukan kepada mu daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki...sebelum aku pergi dahulu..... wassalam :') *SEBELUM KU PERGI DULU.KU DENDANGKAN LAGU INI BUAT MU SAHABAT* Labels: SAHABAT |